Negara ini akan lebih maju dan rakyat akan lebih senang kehidupannya bila dalam negara tiada skandal penyelewangan dan rasuah besar yang merugikan negara sekiranya sepanjang lebih 60 tahun pemerintahan BN tidak berlaku penyelewengan dan rasuah yang besar. Kalau tiada penyelewengan dan rasuah yang besar negara kita kemungkinan lebih kaya dari Singapura malah boleh bersaing dengan negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun yang sekarang telah mengalahkan kita untuk menjadi maju dan Singapura menjadi negara ke 5 terkaya di dunia . 

BN dan komponen parti yang lain di dalamnya masih tidak rasa bersalah dan malu kepada rakyat malah masih ada pemimpin yang masih aktif berkempen untuk menang dalam pilihanraya untuk berkuasa untuk jadi kerajaan sedangkan pemimpin  inilah yang pernah berada dalam Kerajaan yang pernah melakukan penyelewangan dan rasuah? Hari ini juga parti PAS pula nak cuba bersekongkol dengan parti BN yang pernah melakukan banyak penyelewangan sebelum ini. konon demi penyatuan Ummah dan ketuanan melayu untuk membentuk  muafakat nasional 2.0 adakah ini boleh diterima akal yang waras? Nak bersama parti sakau?

Pemimpin UMNO/BN untuk tutup penyelewangan mereka sekian lama hanya jual nama melayu konon membela melayu melaungkan hidup melayu, hidup melayu maka orang melayu rasa teruja dan suka dengan jaminan  ini tanpa disedari orang melayu tak rasa  penipuan ini. Kenapa Orang melayu masih tak sedar tak boleh fikir ke otak dah kena pajak atau benak ubi yang melampau masih nak sokong parti yang penuh dengan penyelewangan dan rasuah? Barangkali melayu penyokong UMNO melayu mudah lupa dengan pemimpin-pemimpin mereka yang menyakau. Kami melayu yang menolak parti UMNO sakau tidak pernah  lupa jenayah yang mereka lakukan telah mencuri hak rakyat sampai bila-bila.

Bayangkan negara ini kaya dengan hasil bumi dan minyak tapi rakyat tak dapt menikmati kesenangan ramai lagi yang masih hidup dibawah kemiskinan, ada yang menjadi gelandangan sebab tak mampu untuk dapat kemudahan mencari pekerjaan demi untuk menyediakan  tempat tinggal, makanan dan pakaian

Rakyat negara ini sepatutnya berhak mendapat pendidikan percuma dari pendidikan rendah hingga ke universiti dengan mendapat biasasiswa bukan pinjaman. Rakyat berhak untuk mendapat kemudahan Jalanraya yang sempurna, bekalan elektrik yang murah dan bekalan air yang cukup  mampu dibayar, pengakutan awam yang efisien, kemudahan perubatan yang terbaik dan kemudahan rawatan di hospital yang selesa dan percuma  dan macam-macam lagi kemudahan tapi dengan penyelewang inilah negara terpaksa menanggung hutang yang banyak mencecah trilion hingga tak mampu memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat.

Jadi sedarlah orang melayu yang masih tak sedar diri masih menyokong parti yang ada rekod sakau yang menyusahkan rakyat bangkitlah  dari lamunan untuk mengubah negara ini kearah lebih baik dan bersaing dengan negara-negara maju supaya mimpi menjadi kenyattaan untuk menjadi harimau Asia dalam bidang ekonomi dan kemajuan


No comments:

Post a Comment

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 (merangkumi tempoh 1971–1990) hasil cetusan idea Perdana Menteri...